Wednesday, 16 January 2019

Pakej Chiangmai Chiangrai 5D4N/4D3N

PAKEJ PELANCONGAN MIN 5H4M PEAK SEASONS MUSIM DINGIN CHIANGMAI CHIANGRAI



HARGA PAKEJ 1 :

- BASIC / ANGGARAN RM1450(1100BAHT)/pax

 HARGA INI :  (TERMASUK TIKET PENERBANGAN DARI HATYAI INTERNATIONAL   AIRPORT  PERGI-BALIK & GROUND)

NOTA :
  1. BAYARAN TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG DAH TERMASUK DALAM PAKEJ INI.
  2. INSURAN PENERBANGAN ADALAH PILIHAN, TERPULANG PADA TUAN, TIDAK
     TERMASUK DALAM PAKEJ

- HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BERAT  CABIN CARRY
  7KG PERGI-BALIK, HOTEL PENGINAPAN 3* UNTUK 3@4@5 MALAM (MENGIKUT
  PAKEJ YG DIPILIH),  PENGANGKUTAN VAN

*  MAKAN MINUM DAN TIKET-TIKET MASUK (ENTRANCE FEES), BAHAN API PETROL
   TIDAK TERMASUK

HARGA PAKEJ 2


Rumusan Pakej CHIANGMAI CHIANGRAI 2019 5D4N

PAKEJ PELANCONGAN MIN 5H4M PEAK SEASONS MUSIM DINGIN CHIANGMAI CHIANGRAI ( Disember 2019) 11-15/12/2019

- HARGA PAKEJ :
- BIASA BASIC / ANGGARAN RM1200(10000BAHT) /ORG. *Kini hanya RM700.00 ground*

 HARGA INI : 

(TIDAK TERMASUK TIKET PENERBANGAN DARI HATYAI INTERNATIONAL AIRPORT  PERGI-BALIK)

NOTA :

- 1. BAYARAN TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG DAH TERMASUK DALAM PAKEJ INI.
2. INSURAN PENERBANGAN ADALAH PILIHAN, TERPULANG PADA TUAN, TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ

- TRANSFER KE HOTEL PENGINAPAN 3* UNTUK 3@4@5 MALAM (MENGIKUT PAKEJ YG DIPILIH),

- PENGANGKUTAN VAN COMMUTER

- KOS PETROL SEPANJANG PROGRAM


*TIDAK TERMASUK MAKAN MINUM DAN TIKET-TIKET MASUK (ENTRANCE FEES)



Jadual penuh perjalanan program akan dikeluarkan setelah semua tempahan penerbangan dapat dilakukan.

Terima kasih (Hubungi En Isa 0176889920)


ATURCARA LAWATAN (PAKEJ 5H/4M)*

HARI 01 : HDY - HATYAI - CHIANG MAI CNX
Berkumpul di HDY 2 JAM sebelum waktu penerbangan. Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Bila tiba di Chiang Mai Airport, tuan-tuan akan disambut oleh wakil kami disana.
Menaiki kenderaan ke Mont Jamt menikmati pemandangan dan keindahan bunga-bungaan. Setelah selesai bergerak turun dan makan tengahari. Ke Wilayah Chiang Dao, menikmati suasana kampung, air panas (hot sprint)kampung yang digunakan oleh orang kampung untuk rawatan tradisional/Chiang Dao Cave. Makan malam dan bermalam sama ada di resort atau homestay.

HARI 02  CHIANG MAI – CHIANG RAI
Tuan-tuan kemudian akan meneruskan perjalanan dengan van ke Bandar Chiang Rai, jarak perjalanannya 270km, memakan masa sekitar 3jam 30mim - 4jam. Dalam perjalanan, tuan-tuan akan berhenti sebentar di Hotsprint untuk merendam kaki & berehat sekejap, selepas itu meneruskan perjalanan ke Chiang Rai, dalam perjalanan,juga singgah di perkampungan Long Neck(ORANG LEHER PANJANG) dan juga tuan-tuan akan singgah untuk makan tengahari di restoran muslim tempatan, kemudian solat zohor & asar jamak, sebelum meneruskan perjalanan ke Chiang Rai. Bila tiba di Chiang Rai, kita akan singgah untuk melawat Wat Putih (Wat Rong Khun) , Wat yang sangat terkenal di Chiang Rai ini. Selepas itu check-in hotel & rehat. Sebelah malamnya tuan-tuan akan dibawa untuk makan malam di restoran muslim tempatan. Selepas makan,, tuan-tuan boleh pergi bersiar-siar & melihat Chiang Rai Night Market yang berdekatan dengan hotel tuan ini.

HARI 03 : CHIANG RAI - GOLDEN TRIANGLE - MAE SAI
Selepas sarapan pagi, Check-out hotel, selepas ini tuan-tuan akan bergerak dengan van ke Golden Triangle (Segitiga Emas), iaitu kawasan Sungai Mekong, dimana 3 Negara bertemu, iaitu Thailand, Laos & Myanmar. Dulu kawasan ini terkenal sebagai kawasan tanaman pokok bunga Poppy & pokok Ganja, tapi sekarang ini sudah tidak ada lagi. Kita akan menaiki bot menyusuri Sungai Mekong ini untuk melihat kawasan pertemuan 3 negara.. Selepas itu kita akan mendarat di kawasan sebelah Laos untuk melihat barangan-barangan murah yang dijual disini seperti baju-baju & barangan lain. Selepas itu kita akan menaiki kembali bot untuk balik semula ke kawasan sebelah Thailand. Selepas ini kita akan menaiki van untuk menuju ke Mae Sai, iaitu bandar paling utara di Thailand, yg bersempadan dengan Myanmar. .Bila tiba di bandar Mae Sai, kita akan makan tengahari di restoran muslim tempatan, selepas itu solat Zohor & Asar jamak di Masjid bandar Mae Sai. Selesai solat kita shopping di bandar Mae Sai, selepas itu check-in hotel & rehat. Sebelah malam kita akan keluar untuk makan malam di restoran muslim tempatan.

HARI 04 : MAE SAI - DOI TUNG - CHIANG MAI
Selepas sarapan pagi, check-out hotel, selepas itu bergerak untuk melawat ladang Teh Choui Fong, ladang teh seluas 500 ekar, iaitu ladang teh yg tercantik di Chiang Mai. Selepas ini kita akan bergerak ke Doi Tung, yang terletak di kawasan tanah tinggi, iaitu untuk melawat ke Royal Golden Flora, kawasan taman bunga yang indah. Selepas ini kita akan singgah di restoran muslim tempatan untuk makan tengahari, kemudian solat Zohor & Asar Jamak. Selepas selesai solat, kita meneruskan perjalanan ke Chiang Mai, jarak perjalanan 190km, memakan masa sekitar 2jam 30min - 3jam. Tiba di Chiang Mai, check-in hotel & rehat. Sebelah malamnya keluar untuk makan malam, lepas itu tuan-tuan boleh bersiar-siar di pasar malam berdekatan.

HARI 05 : CNX CHIANG MAI -HDY HADYAI
Selepas sarapan pagi di hotel, kemas barang-barang untuk check-out hotel. Masukkan semua barang-barang dalam van. Ke Chiang Mai International Airport dan berlepas pulang ke Hadyai. Waktu berlepas 6.25 pagi waktu tempatan.

* Tertakluk pada perubahan. T&S apply




- TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI :

- MELAWAT ROYAL GOLDEN FLORA DI TANAH TINGGI DOI TUNG,
-WAT PUTIH (WAT RONG KHUN),
-RENDAM KAKI DI HOTSPRINT SAN KHAMPANG,
-MELAWAT KE KAWASAN GOLDEN TRIANGLE,
-MENAIKI BOT DI SUNGAI MEKONG RENTAS 3 NEGARA,
-BANDAR CHIANG RAI, BANDAR MAE SAI, BANDARAYA CHIANG MAI,
-MELAWAT KAWASAN TANAMAN TEH CHOUI FONG,
-MELAWAT PERKAMPUNGAN SUKU KAREN LONG NECK(LEHER PANJANG)
-INDUSTRI PEMBUATAN PAYUNG KERTAS,
 -BARANGAN PERAK, BENANG SUTERA DLL.

Jadual penuh perjalanan program akan dikeluarkan setelah semua tempahan penerbangan dapat dilakukan.

Terima kasih . (Hubungi En Isa 0176889920)






Sakura Thailand yang muncul pertengahan bulan Disember
Hanya Wujud Di Utara Thailand, Chiangmai dan Chiangrai Sahaja.

Bergambar kenangan di Golden Triangle (pertemuan sungai Myanmar, Laos dan Thailand) 
Alah Comelnya!  Berpakaian suku kaum Hmong, Tanah Tinggi Doi Suthep, Chiangmai


Jadual penuh perjalanan dan segala penyesuaian dan penyelarasan program akan dikeluarkan setelah semua tempahan penerbangan dapat dilakukan.

Terima kasih (Hubungi En Isa 0176889920)
 (whatsapp dan saya akan hubungi anda semula)


Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan... Menunggang Gajah Menyusuri Lembah dan Sungai


Gambar Kenangan North Thailand Expedition 2018



Melawat Perkampungan Suku Karen(leher Panjang). 
Hajat hati nak dok lama tapi kesuntukan  masa













Semoga menjadi kenangan manis yang tersemat di sanubari..... terima kasih semua.


πŸšŒπŸšŒπŸšŒπŸšŒπŸŒƒπŸŒ‰πŸŒ‰πŸŒ‰πŸŒ‰πŸŒ‡πŸŒ‡πŸŒ‡πŸŒ‡πŸŒ…πŸŒ…πŸšŒπŸšŒπŸšŒπŸšŒ

TERKINIπŸ”†  PASCA PANDEMIK. 1 JULAI 2022 THAILAND SUDAH BUKA PINTU SEMPADANNYA DENGAN MELONGGARKAN HAMPIR SEMUA SYARAT YANG KETAT. AYUH JADILAH YANG TERAWAL SETELAH SEKIAN LAMA RANCANGAN UNTUK MENEROKA NEGARA GAJAH PUTIH YANG UNIK INI TERTANGGUH. LAND OF SMILES.... MENANTI KUNJUNGAN ANDA 

/
πŸ–️PAKEJ CHIANGMAI- CHIANGRAI 4D3N🏜️
Harga Pakej : RM 750.00/pax
Cuti sekolah : bulan 9, 2022

Hari 1(4 September 2022)
KETIBAAN 16:40 pm CHIANGMAI - CITY TOUR (dinner)

Apabila tiba di Lapangan Terbang Chiangmai, tuan puan akan dijemput dan  dibawa untuk menjelajah  Bandar Raya Chiang Mai: Monumen Tiga Raja & tembok bersejarah kerajaan lama Chiangmai. Makan malam. Check-in hotel. Berehat dan meneroka night bazaar/pasar malam pintu Tapae. 


Hari 2 (5 September 2022)
CHIANGRAI Lawatan Penuh (Breakfast / Lunch/ Dinner)

Sarapan pagi di hotel. Bergerak ke Chiangrai. Mulakan lawatan sehari penuh ke Chiang Rai - Hot Spring, White Temple & Segitiga Emas. Makan tengahari kemudiannya terus melawat Mae Sai (Sempadan Thailand-Burma). Makan malam sebelum dipindahkan ke hotel Chiangrai.
Pasar Malam. 

Hari 3 (6 September 2022)
CHIANGMAI Lawatan Penuh (Breakfast / Lunch/ Dinner)

Pergerakan awal pagi. 
Sarapan pagi di hotel.
Perjalanan pulang ke Chiangmai. Singgah di perkampungan kaum Karen (leher panjang). Mulakan lawatan sehari penuh: Mae Sa Elephant Camp (Elephant Ride), Orchid & Butterfly Farm. Makan tengahari kemudian melawat Kampung Industry Home-sutera, perak, (produk tempatan) & membeli belah. Selepas makan malam, balik ke hotel. Chiangmai Night Bazaar yang unik. 

Hari 4 (7 September 2022) Waktu berlepas pulang jam 17.10 pm 
Breakfast/Lunch

Sarapan pagi di hotel. Kemudiannya terus melawat Tanah Tinggi Doi Suthep (Mhong Village ). 
Makan Tengahari.  
Check out hotel. Free and easy / membeli belah saat-saat akhir di market berdekatan(optional) Kemudian hantar ke lapangan terbang (2 jam sebelum berlepas) untuk pulang ke Malaysia.
Von Voyage

*Tertakluk perubahan

Pakej termasuk :
3 malam kemudahan di hotel
Makanan Halal seperti yang dinyatakan dalam itinerary 
Pemindahan pergi balik Airport 
Pemandu pelancong 


Pakej tidak termasuk:
Tiket penerbangan antarabangsa
Cukai lapangan terbang
Tipping driver/local guide– RM 40/pax
Caj persendirian di hotel (panggilan telefon, mini bar, laundry dan lain-lain)
Perbelanjaan peribadi
Pengangkutan di hotel
Optional tour
Insurance perjalanan
High season surcharge (high season ialah hujung November hingga awal March, manakala hot season dari March hingga May dan musim hujan hujung May hingga October)
Permohonan visa masuk

Terima kasih (Hubungi En Isa 0176889920)


No comments:

Post a Comment

INDONESIA -BANDUNG 4H3M

⚡⚡ *BANDUNG 2019 4H3M CUTI SEKOLAH*⚡⚡ RM 1299 PER ADULT (>12Y/O) RM 1249 PER CHILD (2-11Y/O) RM 200 PER INFANT (<2Y/O) DEPOSIT R...